PIBG SK Setia Alam

The official blog of the Parent-Teacher Association of SK Setia Alam

Hari Orientasi Tahun 1 & Pra-Sekolah

Taklimat untuk Ibubapa Tahun 1 dan Pra-sekolah dilangsungkan pada 1/1/2011 di dewan terbuka SK Setia Alam.

Guru Besar En Asmui memberi taklimat mengenai peraturan serta panduan
bagi ibubapa pelajar baru SK Setia Alam. Antara nasihat Guru Besar adalah: menggalakkan anak murid untuk berdikari, membekalkan air
kosong yang mencukupi setiap hari bagi kesihatan anak (guru akan
mengingatkan anak murid untuk minum air kosong setiap jam) dan
membekalkan bekas untuk sampah anak murid bagi meningkatkan
kesedaran tentang kebersihan.

Waktu-waktu sekolah serta panduan
lain juga diberikan kepada ibubapa. YDP PIBG En Mat Asis memberi
taklimat kepada ibubapa, menggalakkan ibubapa supaya aktif dalam PIBG untuk membina SK Setia Alam menjadi sekolah yang terbilang dan cemerlang.

En Mat Asis menerangkan tentang platform komunikasi PIBG iaitu melalui blog http://www.pibg-sksetiaalam.org, Facebook (“PIBG SK Setia Alam”) dan Twitter (@pibgsksetiaalam).

Ibubapa juga dijemput hadir ke Hari Kecemerlangan dan AGM PIBG pada
15 Januari 2011. Suasana sekolah meriah dengan gelak ketawa (dicampuri dengan tangisan!) anak-anak kecil, harapan keluarga, bangsa, dan negara.

Undian juga dilangsungkan bagi AJK Pewaris (pra-sekolah) 2011:
Pengerusi: En Mohd Khairul Naib Pengerusi: En Azhar
Setiausaha: Puan Norhaida Dahalan Bendahari: Puan Zalina Ali
AJK Ibubapa: En Ravi
Pn Rashidah
Pn Shamsidar
En Amir Fauzan
En Azrizan

Puan Zalina memberi maklumat tentang syllabus serta peraturan pra-sekolah, di antaranya: menghantar dan menjemput anak tepat pada waktunya, memberi perhatian kepada surat-surat sekolah, dan menanggalkan barang kemas yang dipakai oleh anak-anak murid.

Semoga tahun 2011 menjadi tahun gemilang bagi SK Setia Alam!

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 303 other followers